CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kolej Vokasional Batu Pahat

Sek. Men. Vokasional Batu Pahat,Km. 7, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat,Johor Darul Takzim.

Tel: 07-4312051 Faks: 07-4315529

e-mel:
smtbp@streamyx.com



Saturday 20 October 2012

Tenaga Pengajar Subjek Kimpalan Arka & Gas


Sejarah Penubuhan Sekolah

Sekolah ini dibina pada awal tahun 1984 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat. Organisasi pentadbiran sekolah bermula pada 1 Januari 1986 dengan kehadiran 21 orang guru di bawah pimpinan Tn. Hj. Md. Dom bin Mohd. Yunus.


Sesi akademik bermula pada 20 April 1986 dengan kemasukan kumpulan perintis seramai 238 orang pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV). Antara bidang yang diperkenalkan adalah Elektrik, Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan seta Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Bengkel Kimpalan SMV Batu Pahat


Mulai tahun 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dalam sistem pendidikan vokasional. Pelajar diberi pilihan sama ada ingin mengikuti aliran pendidikan vokasional atau kemahiran berdasarkan keupayaan dan minat mereka. Pelajar aliran vokasional dikehendaki menduduki Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) manakala pelajar aliran kemahiran menduduki Peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di peringkat asas pada akhir tahun pertama (tingkatan 4) dan peringkat pertengahan pada akhir tahun kedua (tingkatan 5).

Pada 16 November 1995, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai sekolah menengah teknik. Perubahan ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai ahli teknokrat dan tenaga mahir yang lebih berkemampuan bagi memenuhi keperluan Pelan Induk Perindustrian Negara.


Kumpulan pertama yang terpilih memasuki tingkatan 4 telah mendaftarkan diri pada 10 Jun 1996 untuk mengikuti kursus Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal. Proses pengubahsuaian melibatkan tiga buah bengkel untuk dijadikan makmal Sains Am, Makmal Bahasa, Makmal Sains Tulen dan Makmal Komputer.


Mulai 2013, sekolah ini dikenali sebagai Kolej Vokasional Batu Pahat selaras dengan pelaksanaan serta perubahan kurikulum yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menaik taraf sekolah-sekolah vokasional dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk bersama-sama membangunkan negara.


Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang sekolah di http://www.smtbp.edu.my/.