CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kolej Vokasional Batu Pahat

Sek. Men. Vokasional Batu Pahat,Km. 7, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat,Johor Darul Takzim.

Tel: 07-4312051 Faks: 07-4315529

e-mel:
smtbp@streamyx.com



Sunday 30 December 2012

Kimpalan Sambungan Pepenjuru Terbuka

Langkah-langkah membuat kimpalan sambungan pepenjuru terbuka (steps to weld corner joint) ;

1. Bersihkan bahagian permukaan yang hendak dikimpal.


2. Rapatkan kedua-dua kepingan plat.


3. Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis kerja.


4. Laraskan arus elektrik mengikut kesesuaian saiz elektrod antara 80 hingga 90.


5. Lakukan kimpalan paku pada hujung benda kerja.


6. Lakukan kimpalan pada permukaan yang rata. Sudut antara elektrod dan benda kerja adalah antara 15 hingga 30.


7. Selepas selesai mengimpal, matikan suis pada mesin kimpalan. Bersihkan jermang daripada kumai.



Kimpalan sambungan 'T'

Langkah-langkah melakukan kimpalan sambungan 'T' (steps to weld tee joint) ;

1. Bersihkan bahagian permukaan yang hendak dikimpal.


2. Rapatkan kedua-dua kepingan plat.


3. Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis kerja.


4. Laraskan arus elktrik mengikut kesesuaian saiz elektrod antara 80 hingga 90.


5. Buat kimpalan paku pada hujung benda kerja.


6. Kimpalan dilakukan pada permukaan yang rata. Sudut antara elektrod dan benda kerja adalah 15 hingga 30.


7. Selepas selesai mengimpal, matikan suis pada mesin kimpalan. Bersihkan jermang daripada kumai.





Kimpalan Sambungan Tindih

Langkah-langkah melakukan kimpalan sambungan tindih (steps to weld lap joint) ;

1. Bersihkan bahagian permukaan yang hendak dikimpal.


2. Rapatkan kedua-dua kepingan plat.


3. Pilih elektrod yang sesuai dengan kerja.


4. Laraskan arus elektrik mengikut kesesuaian saiz elektrod antara 80 hingga 90.


5. Buat kimpalan paku pada hujung benda kerja.


6. Kerja kimpalan dilakukan pada permukaan yang rata. Sudut antara elektrod dan benda kerja adalah 15 hingga 30.


7. Selepas selesai mengimpal, matikan suis pada mesin kimpalan. Bersihkan jermang daripada kumai.



Kimpalan Sambungan Temu

Langkah-langkah melakukan kimpalan sambungan temu (Steps to weld butt joint) ;

1. Bersihkan bahagian permukaan yang hendak dikimpal.

2. Rapatkan kedua-dua kepingan plat.


3. Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis kerja.


4. Laraskan arus elektrik mengikut kesesuaian saiz elektrod antara 80 hingga 90.


5. Buat kimpalan paku pada hujung benda kerja.


6. Lakukan kimpalan pada permukaan yang rata. Sudut antara elektrod dan benda kerja adalah antara 15 hingga 30.


7. Selepas selesai mengimpal, matikan suis pada mesin kimpalan. Bersihkan jermang daripada kumai.




Kimpalan Biasa/Kumai

Langkah-langkah melakukan kimpalan biasa/kumai (Steps to make common welding) ;

1. Bersihkan bahagian permukaan yang hendak dikimpal.


2. Pilih elektrod yang sesuai dengan jenis kerja.


3. Laraskan arus elektrik mengikut kesesuaian saiz elektrod antara 80 hingga 90.


4. Kerja mengimpal hendaklah pada permukaan yang rata. Sudut antara elektrod dan benda kerja adalah antara 15 hingga 30.


5. Selepas selesai kerja mengimpal, matikan suis pada mesin kimpalan. Bersihkan jermang daripada kumai.



Peralatan Kimpalan (Welding Equipments)

1. Mesin kimpal (welding machine)


Berfungsi sebagai pengubah untuk menyesuaikan volatan dan arus dalam kerja kimpalan.

2. Pemegang elektrod (Electrode holder)


Disalut dengan penebat dan digunakan untuk memegang rod elektrod secara menyepit.

3. Elektrod (Electrode)


Merupakan rod logam yang disalut dengan lapisan bahan lakur dan berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik bagi membentuk arka.

4. Pengapit bumi (Grounding clamp)


Berfungsi untuk penyambungan logam asas dengan bekalan kuasa mesin kimpal bagi mengelakkan renjatan elektrik.

5. Tukul penyerpih (Chipping hammer)


Untuk menyerpih dan membersihkan kesan-kesan percikan logam serta jermang kumai yang terhasil pada permukaan bahan logam yang dikimpal.

6. Berus dawai (Steel brush)


Untuk membersihkan kesan-kesan percikan logam serta jermang kumai yang terhasil pada permukaan bahan logam yang dikimpal.


Pengenalan Kimpalan Arka & Gas

Kimpalan adalah proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan satu bahan yang khas. Contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Terdapat dua jenis kimpalan iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron dan ultrabunyi.


Kimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logam asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi. Tenaga haba ini digunakan untuk melebur logam elektrod, logam tambahan atau logam penyambung yang akhirnya menghasilkan satu sambungan kimpal. Pada asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam jangka masa yang pendek.
Kimpalan gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang industri terutamanya dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gas adalah didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yang melibatkan proses kimpalan gas ialah kerja membaik pulih badan kenderaan serta kerja-kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam nipis.Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu kimpalan gas tekanan rendah dan kimpalan gas tekanan tinggi.


Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan kurang dari 1.0psi atau 1.0Bar. Manakala kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15Bar.

Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm.Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.

Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O2) dan asetilina (CH). Campuran kedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahan api yang lainnya. Suhunya boleh mencapai sehingga 3316 celcius.



 

Sunday 9 December 2012

Amalan Keselamatan & Peraturan

PAKAIAN KESELAMATAN (SAFETY CLOTHING)

1. Pelindung muka (faceguard)


Melindungi mata, muka, daripada kesan ultra violet serta percikan logam panas semasa kerja mengimpal.

2. Kasut keselamatan (safety shoes)


Melindungi kaki daripada sebarang kecederaan semasa kerja mengimpal.
3. Sarung tangan (Gloves)


Melindungi bahagian tangan daripada terkena benda panas dan melecur.

4. Apron (Apron)


Melindungi badan daripada sebarang kecederaan semasa kerja mengimpal.

5. Gogel (Goggles)


Melindungi mata daripada percikan api, sinar ultra violet dan sebarang kecederaan semasa kerja mengimpal.

 
PERATURAN (REGULATIONS)


1. Pemakaian dan penampilan diri yang sesuai.
2. Peka dan patuh pada arahan. 
3. Laksanakan setiap aktiviti amali mengikut prosedur dan dibawah pemerhatian pakar.
4. Pastikan keselamatan diri dan rakan-rakan diutamakan.
5. Elakkan kemalangan berikut daripada berlaku;
  • Kebakaran atau letupan.
  • Kecederaan terkena objek tajam.
  • Renjatan elektrik.
  • Terjatuh atau tergelincir.