CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kolej Vokasional Batu Pahat

Sek. Men. Vokasional Batu Pahat,Km. 7, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat,Johor Darul Takzim.

Tel: 07-4312051 Faks: 07-4315529

e-mel:
smtbp@streamyx.com



Sunday 30 December 2012

Pengenalan Kimpalan Arka & Gas

Kimpalan adalah proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan satu bahan yang khas. Contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Terdapat dua jenis kimpalan iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron dan ultrabunyi.


Kimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logam asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi. Tenaga haba ini digunakan untuk melebur logam elektrod, logam tambahan atau logam penyambung yang akhirnya menghasilkan satu sambungan kimpal. Pada asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu bagi melebur logam dalam jangka masa yang pendek.
Kimpalan gas adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang industri terutamanya dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gas adalah didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yang melibatkan proses kimpalan gas ialah kerja membaik pulih badan kenderaan serta kerja-kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam nipis.Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu kimpalan gas tekanan rendah dan kimpalan gas tekanan tinggi.


Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan kurang dari 1.0psi atau 1.0Bar. Manakala kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai tekanan dari 1-15psi atau 1-15Bar.

Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm.Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.

Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O2) dan asetilina (CH). Campuran kedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahan api yang lainnya. Suhunya boleh mencapai sehingga 3316 celcius.



 

1 comment: